Tuesday, March 30, 2010

Selamat Datang



Selamat Datang ke Blog Sek.Men. Keb. Tunku Bendahara.

LOGO SEKOLAH
WARNA-WARNA
Hijau: kepercayaan kepada tuhan
Kuning; kesetiaan kepada raya dan Negara
Hitam : kegigihan menghadapi cabaran

Buku terbuka
Punca segala ilmu pengetahuan dan tidak ada baatasan untuk menimba sepenuhnya ilmu pengetahuan tersebut

Gear
Mewujudkan dan melatih pelajar-pelajar agar berpengalaman dan perkeyakinan dalam menghadapi arus hidup seharian

Gabungan lingkaran
Semangat kesukanan bukan hanya terbatas kemenangan dan perpaduan semata malah penyertaan, persefahaman dan perpaduan lebih dititik beratkan.

Bentuk perisai
Mewujudkan kekuatan dan kesabaran kepada sesiapa saja yang berilmu pengetahuan dan sangat sesuai pula dengan matlamat SMKTB iaitu” SABAR MAKSUD KEJAYAAN”



Sejarah SekolahSEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara terletak di Batu 3, Jalan Changloon, Kodiang, iaitu kira-kira 5KM dari pecan Kodiang dalam Mukim Keplu, daerah Kubang Pasu. Kedudukannya di tepi cerun kaki Bukit Rawa. Ditubuhkan pada 1 Januari 1965 dengan menumpang di Sekolah Rendah Tunku Bendahara dan Sekolah Rendah Chung Hwa, Kodiang. Ketika itu dinamakan Sekolah Menengah Kodiang.

Pengetua yang pertama ialah En. Bahari b. Muhammad (1965-1966). Bangunan- bangunan sekolah ini didirikan dalam tahun 1967. pada Januari 1968, dua bangunan baru telah digunakan untuk menempatkan 328 orang murid terdiri daripada sembilan kelas aliran Melayu dan tujuh kelas aliran Inggeris. Seramai 27 orang berkhidmat ketika itu. Untuk tahun berikutnya satu abngunan lagi siap didirikan menjadikan jumlah bangunan sekolah itu pada tiga bangunan.

Pada tahun 1971 diadakan upacara pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah. Nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tunku Bendahara ketika itu tahun demi tahun sekolah ini terus megalami perubahan selaras dengan perkembangan masa dan arus permodenan. Menjelang tahun 1980-an, 2 buah bangunan pasang siap dibina dan mula digunakan pada tahun 1983. Pada tahun 1984, bangunan sekolah yang dahulunya diduduki oleh sekolah telah digunakan oleh sekolah ini, apabila sekolah rendah dipindahkan ke bangunan/tapak baru di batu 2 tahun 1989, sebuah lagi bangunan (4 kelas) telah dibina antara blok sekolah rendah dahulu dengan bangunan sekolah yang asal.

No comments:

Post a Comment